suria

Kontroversi dicium Richard Gere 15 tahun lalu selesai, Shilpa Shetty akhirnya bebas tuduhan cabul

Mahkamah memutuskan Shilpa Shetty hanya mangsa perbuatan Richard.

SELEPAS 15 tahun, akhirnya aktres Bollywood Shilpa Shetty secara rasmi bebas daripada tuduhan berkelakuan lucah dan tidak senonoh dengan aktor Richard Gere pada 2007.

Memetik laporan BCC, mahkamah memutuskan bahawa aktres tersebut merupakan mangsa perbuatan pihak tertuduh pertama iaitu Richard Gere.

"Shilpa Shetty adalah mangsa dari perbuatan tertuduh pertama (Richard Gere)," kata Hakim seperti yang dilaporkan menerusi AFP.

Sebelum ini, tindakan Richard Gere memeluk dan mencium tangan serta pipi Shilpa Shetty ketika acara AIDS pada 2007 secara terbuka mengundang kemarahan ramai pihak.

Shilpa 1

Tindakan Richard dan Shilpa Shetty mengundang kemarahan rakyat India.

Aksi itu membuatkan segelintir penganut Hindu berang sehingga membakar patung dua selebriti tersebut sebagai bentuk protes.

Pihak mahkamah kemudian mengeluarkan surat penangkapan dan dua selebriti itu berdepan dengan tuduhan berkelakuan tidak senonoh.

Biarpun tuduhan terhadap Richard Gere dapat digugurkan dengan cepat namun berbeza dengan Shilpa Shetty yang terpaksa berulang alik ke mahkamah lebih 10 tahun.

Hakim kemudian mengeluarkan surat penangkapan dan keduanya dituduh melakukan berbagai tindakan cabul dan tidak senonoh.

Richard Gere kemudian meminta maaf atas tindakannya dan menganggap aksi mencium itu tidak akan membahayakan sehingga menyebarkan virus AIDS.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain