suria

Bekas peserta ‘Indonesian Idol 2021’ Mark Natama mahu cuba nasib di Malaysia

Mark Natama mahu peminat ambil mesej dalam lagu terbaharunya itu.

PESERTA akhir program realiti nyanyian Indonesian Idol 2021 iaitu Mark Natama tampil dengan lagu baharu berjudul Terluka Menginginkanmu.

Mahu melebarkan bakat nyanyian ke Malaysia, Mark, 21, berkata single keduanya ini mengisahkan tentang perasaan seorang lelaki yang terjebak dalam situasi yang tidak diinginkan dalam cinta.

“Menariknya dari cerita liriknya jadi terlihat jahat kerana menduakan tapi point of view dari seorang lelaki yang melakukannya secara tidak sengaja, bukan untuk menyakiti hati pasangannya, justeru di sini menceritakan kedudukan dia yang terluka, dia tidak menyayangi orang yang dia sayangi dan terjebak dalam suatu situasi yang tidak dapat dihindari.

"Lagu dan muzik video dihasilkan oleh pasukan sama yang terbitkan single pertama Jago Cemburu, jadi mereka lebih memahami proses peralihan itu dan saya dapat melihat sendiri pendewasaan dalam diri saya termasuklah menghasilkan lagu.

mark 2

Mark Natama tampil dengan single kedua.

"Memang banyak cabaran menghasilkan MV ini, penggambaran memakan masa 25 jam dan saya mahu MV dihasilkan cukup terperinci kerana mahu jalan cerita dapat diterjemahkan kepada semua.

"Mudah-mudahan lagu ini diterima oleh pendengar di Malaysia dan Indonesia. Dalam masa sama dapat membantu mereka yang melalui situasi sama menyelesaikan apa terbuku dalam hati," katanya kepada mStar.

Terluka Menginginkanmu merupakan kerjasama Mark dengan trio komposer terkenal, Laleilmanino dirakam di bawah label Universal Music Indonesia.

Lagu ini boleh didengari di semua platform digital dan MV menerusi saluran YouTube Mark Natama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain