suria

Siti Badriah tawar hadiah wang tunai RM3,000 teka jantina bayi dalam kandungan

Siti Badriah akan dedahkan jantina anak pada 13 Februari depan.

PENYANYI dangdut Siti Badriah yang kini hamil tujuh bulan berkongsi perkembangan terkini kandungannya.

Menerusi perkongsian Instagram, Siti Badriah atau lebih mesra disapa Sibad ini menunjukkan hasil hasil USG yang dilakukan setiap bulan.

"Hello makcik dan pakcik, sekarang usia kandungan sudah tujuh bulan, selalu tidak sabar untuk datang bertemu baby fruity (galaran untuk anak dikandungnya). Ini hasil USG kelmarin," tulisnya.

Siti Badriah yang masih merahsiakan jenis kelamin anaknya turut menawarkan Rp10 juta (RM2900) kepada sesiapa yang dapat meneka jantina bayi tersebut.

"Saya nak beri Rp10 juta buat empat orang pemenang, caranya senang sahaja, komen di YouTube Sibad Krisjiana chammel," tulisnya lagi.

Isteri kepada Krisjiana Baharudin ini bakal mengumumkan jantina bayi berkenaan dalam sebuah majlis 13 Februari depan.

Siti Badriah dan Krisjiana Baharudin berkahwin pada 25 Julai 2019.

Pasangan ini mengumumkan hamil anak pertama selepas dua tahun bergelar suami isteri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain