MENEPATI ramalan ramai, penyanyi Rihanna akhirnya semakin terbuka menayang kehamilan menerusi gambar yang tersebar sejak Isnin. Penyanyi lagu Umbrella itu dan kekasihnya iaitu rapper A$AP Rocky dilihat menjalani sesi fotografi di sebuah jalan di bandar New York, Amerika Syarikat. ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna akhirnya putus selepas tiga tahun bercinta dengan jutawan Arab Saudi Rihanna hanya memakai jaket berwarna merah jambu dan tidak menutup bahagian perut sehingga menampakkan baby bump. Walaupun dalam keadaan cuaca sejuk, Rihanna dilihat bersahaja dan begitu mesra merakamkan setiap gambar bersama teman lelakinya itu. Rihanna dan Rocky telah berkawan baik sejak 2010 Pasangan ini sudah berkawan sejak 2010 dan mereka dikatakan mula rapat sebagai pasangan sekitar November 2020 selepas Rihanna berpisah dengan bekas kekasih, Hassan Jameel. Cerita tentang kehamilan Rihanna sudah diperkatakan sejak Disember tahun lalu apabila peminat mula sedar akan perubahan pada bentuk tubuhnya. Menerusi gambar yang tersebar baru-baru ini ada yang beranggapan Rihanna bakal melahirkan anak perempuan kerana jaket merah jambu yang dipakainya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!