suria

Berat badan bertambah selepas bersalin, isteri Raffi Ahmad bimbang suami tak sayang

Raffi dan Nagita bersama dua orang anak mereka.

SELEPAS melahirkan cahaya mata kedua, isteri kepada selebriti Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina melalui perubahan fizikal yang ketara.

Nagita menerusi video di saluran YouTube mengakui berat badannya semakin naik disebabkan kuat makan demi menyusukan anak keduanya, Rayyanza Malik Ahmad.

Gara-gara perubahan fizikalnya itu, Nagita menganggap suaminya kini tidak lagi menyayangi dirinya.

Bagaimanapun, Raffi memberitahu dia mencintai Nagita bukan disebabkan fizikal sebaliknya tulus kerana Allah.

"Saya mencintai awak kerana keserasian dan takdir Allah. Bukannya saya cinta awak sebabkan fizikal. Cinta dari hati.

"Selain kerana ibadah. Bukan yang saya suka adalah badan awak. Cinta kerana Allah S.W.T," kata Raffi kepada isterinya.

Nagita melahirkan cahaya mata kedua pada 26 November tahun lalu.

Untuk rekod, Raffi berkahwin dengan Nagita pada 17 Oktober 2014 dan dikurniakan anak pertama, Rafathar Malik Ahmad pada 15 Ogos 2015. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain