suria

Dituduh curang dengan suami, aktres Bollywood Divyanka Tripathi mengamuk blogger buat berita palsu

Divyanka bersama suaminya Vivek.

SETELAH sekian lama mendiamkan diri berhubung dakwaan curang terhadap suaminya iaitu Vivek Dahiya, akhirnya pelakon Divyanka Tripathi tampil menjawab khabar angin tersebut.

Menurut laporan BollywoodShaadis, Divyanka meluahkan rasa marah terhadap beberapa blogger yang menulis berita tidak benar itu.

Kata pelakon drama Yeh Hai Mohabbatein ini, dia dan suaminya berada dalam keadaan baik dan bahagia melayari alam perkahwinan.

Menerusi temubual bersama Bollywood Bubble, Divyanka berkata tindakan blogger yang berlebih-lebihan melaporkan berita tidak benar menyebabkan isu ini menjadi tular.

“Hello, saya tahu nilai dan batasan hidup ini. Saya tahu mana yang baik dan tidak. Ini adalah kehidupan saya dan suami, yang kalian buat ini adalah khabar angin dan berita sampah.

“Kemudian orang mempercayainya dan mula beri komen tanpa memikirkan batas,” katanya.

Divyanka berkahwin dengan Vivek pada tahun 2016.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain