SUSULAN video ceramah menormalisasi keganasan rumah tangga tular, aktres dan pendakwah Oki Setiana Dewi tampil memohon maaf. Oki menerusi laman Instagram miliknya memberitahu video tersebut merupakan rakaman ceramah yang diberikan pada dua atau tiga tahun lalu. Mengakui kesalahannya dalam menyampaikan mesej, Oki menegaskan dia juga menolak keganasan dalam rumah tangga. "Saya terima mesej daripada beberapa rakan mengenai rakaman ceramah saya pada dua atau tiga tahun lalu. Terima kasih atas perhatian dan kasih sayangnya. Mohon bimbingan juga daripada semua sahabat. OKI SETIANA DEWI AKTRES "Sudah tentu saya menolak kekerasan dalam rumah tangga. Mohon maaf atas kesalahan dalam menyampaikan. "Semoga Allah mengampuni saya dalam setiap kesalahan-kesalahan saya," tulisnya. Sebelum ini, tular video ceramah Oki yang dimuatnaik di TikTok disifatkan menormalisasi keganasan rumah tangga mengundang kritikan netizen. Oki tampil mohon maaf di Instagram. Oki dalam ceramahnya berkata, seseorang isteri harus taat kepada suami serta menyembunyikan aib pasangannya apabila dipukul. Sementara itu, Oki turut memberitahu dia akan terus memperbaiki diri dan lebih berhati-hati dalam setiap penyampaiannya di masa kelak. "Insya-Allah saya akan terus belajar, perbaiki diri dan menyampaikan dengan lebih baik di masa hadapan. "Mohon bimbingan juga daripada semua sahabat," katanya. @okisetianadewi13 Tingkat tertinggi akhlak istri #okisetianadewiofficial #dakwah #islam #fypシ ♬ Kiss the Rain - Richard Abel Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!