suria

Lata Mangeshkar lalui kisah cinta menyedihkan… Berbeza kasta punca tak kahwin seumur hidup

Lata dan Raj sepakat tidak berkahwin selepas cinta ditentang keluarga.

DUNIA hiburan Bollywood terus diselubungi kesedihan selepas pemergian penyanyi bersuara emas, Lata Mangeshkar pada Ahad lalu.

Kematian penyanyi berusia 92 tahun ini merupakan satu kehilangan cukup besar buat industri muzik di India.

Pemergiannya itu dirasai oleh rakan selebriti, pembesar negara dan peminat yang sudah membesar dengan suara nyanyiannya sepanjang hidup mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bendera India kibar separuh tiang, tiada hiburan rasmi bagi hormati pemergian Lata Mangeshkar

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang legenda Lata Mangeshkar meninggal dunia selepas 27 hari bertarung Covid-19

Namun cerita yang paling menarik perhatian ramai adalah mengenai kisah peribadi Lata Mangeshkar yang diketahui umum tidak pernah berkahwin.

Menurut laporan Tabloid, Lata pernah melalui perjalanan cinta menyakitkan dengan seorang bangsawan India bernama Raj Singh.

Bermula sebagai sahabat baik, mereka kemudiannya menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Namun impian pasangan ini tidak kesampaian kerana perbezaan kasta.

lata 2

Foto Lata dan Raj ketika mereka sedang bahagia bercinta.

Sumber memberitahu ayah Raj sangat menentang hubungan mereka itu kerana Lata hanya merupakan seorang penyanyi.

Meskipun berat hati dengan keputusan bapanya, Raj terpaksa akur melepaskan cinta hatinya itu.

Kesedihan itu dirasai oleh Lata dan dia reda hubungan mereka tidak berakhir seperti diharapkan.

Lalu mereka berdua bersepakat untuk tidak berkahwin. Raj meninggal dunia pada 12 September 2009 di usia 73 tahun kerana Alzheimer.

Untuk rekod, Lata Mangeshkar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Breach Candy, Mumbai, India akibat Covid-19 pada Ahad lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain