GARA-GARA komen yang ditinggalkan model Gigi Hadid, netizen mula membuat andaian penyanyi Rihanna bakal menimang cahaya mata kembar. Gigi menulis komen mengatakan tiga bidadari di foto Rihanna yang memperlihatkan 'baby bump' di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna selamba pakai jaket nampak perut, tayang baby bump makin besar "Three angels (tiga bidadari)," tulis Gigi. Bagaimanapun, Gigi dengan pantas membetulkan tanggapan netizen dengan mengatakan komen tersebut ditujukan kepada Rihanna dan bayi dalam kandungan. Komen Gigi di Instagram Rihanna. "Saya tertangkap disebabkan komen tersebut. Maksud saya, Rih/ Rocky/ baby," kata Gigi. Pada Isnin lalu, Rihanna akhirnya semakin terbuka berkongsi menayangkan kehamilannya menerusi gambar yang tular. Penyanyi lagu Umbrella itu dan kekasihnya iaitu rapper A$AP Rocky dilihat menjalani sesi fotografi di sebuah jalan di bandar New York, Amerika Syarikat. Rihanna hanya memakai jaket berwarna merah jambu dan tidak menutup bahagian perut sehingga menampakkan baby bump. Pasangan ini berkawan sejak 2010 dan mereka dikatakan mula rapat sebagai pasangan sekitar November 2020 selepas Rihanna berpisah dengan bekas kekasih, Hassan Jameel. Cerita tentang kehamilan Rihanna sudah diperkatakan sejak Disember tahun lalu apabila peminat mula sedar akan perubahan pada bentuk tubuhnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!