suria

Empat kali kahwin cerai, Kalina Oktaranny beri sebab berpisah dengan pelakon Vicky Prasetyo selepas 9 bulan nikah

Perkahwinan Kalina dan Vicky juga tidak bertahan lama.

EMPAT kali melalui fasa perceraian, selebriti popular Indonesia, Kalina Oktaranny dianggap mempunyai masalah peribadi dan tidak serius dalam perkahwinan.

Menjawab tuduhan itu, Kalina yang juga merupakan seorang ahli silap mata itu memberitahu lebih baik bercerai daripada terus hidup dalam rumah tangga bermasalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pengakuan nikah 24 kali, pengacara Vicky Prasetyo dihubungi pejabat agama

"Tidak ada orang yang mahu kahwin dan bercerai, atau merancang untuk berpisah. Hidup saya bukan hanya untuk berkahwin dan cerai.

"Jika rumah tangga sudah tidak bahagia, kalau dipertahankan akan menjadi duri. Lebih baik saya keluar dari masalah itu," jelas Kalina.

Kalina baru sahaja berpisah dengan pelakon dan pengacara Vicky Prasetyo pada Januari. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan selepas berkahwin pada Mac 2021.

kalina 2

Kalina lebih senang memilih perpisahan dari hidup dalam masalah rumah tangga.

"Saya keluar dari rumah pada Disember, tetapi status perkahiwan kami ketika itu masih tergantung.

"Pada 10 Januari saya minta berpisah. Pada awalnya Vicky tidak setuju, tetapi saya yang mahu terus bercerai.

"Alasan perceraian ini cukuplah saya sahaja yang tahu. Saya hanya mahu hidup bahagia,"ucapnya.

Kalina pernah mendirikan rumah tangga dengan Deddy Corbuzier pada 2005 namun berpisah pada 2013.

Dia kemudian berkahwin kali kedua dengan pelakon Muhammad Hendrayanto pada 2017 namun hubungan mereka hanya bertahan selama setahun.

Selepas itu dia bernikah dengan peguam bernama Insank Nasruddin pada Mac 2020 dan berpisah pada Jun tahun sama.

Pernikahan Kalina dan Vicky berlangsung pada Mac 2020. -DETIKHOT

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain