suria

Mengaku cemburu buta, Luna Maya pernah tak tegur Momo Giesha kerana gosip rapat dengan Ariel Noah

Luna dan Momo Giesha pernah bermasam muka gara-gara Ariel Noah.

PELAKON Luna Maya mengakui pernah bersikap dingin dengan penyanyi Momo Giesha gara-gara khabar angin mengenai hubungan dengan Ariel Noah.

Luna memohon maaf dan menganggap sikap cemburunya dahulu terlalu bodoh untuk dikenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah buat jahat dalam kereta? Luna Maya terkedu ditanya soalan panas

“Kan aku bodoh dulu, bercinta ceritanya, ini jadi berita. Aku cuma fikir ‘wah laki saya dengan teman saya mahu diambil” ujar pelakon filem Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur.

Tambah Luna, Momo bukan bukan satu-satunya artis perempuan yang diperlakukan demikian.

“Bukan kamu sahaja, ramai perempuan yang digosipkan dengan Ariel aku tidak tegur.

“Aku mengaku seperti budak bercinta, maaf ya, jangan marah,” ujarnya kepada Momo dalam sebuah video.

Luna bukan sahaja kepada Momo, malah dia juga memohon kepada Ariel kerana bersikap cemburu buta ketiga itu.

“Maaf ya banyak sejarahnya. Maaf ya Riel, maaf. Itu dulu ketika masih muda dan tak mampu menahan emosi,” ujarnya. - LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Luna Maya, Ariel Noah, Momo Giesha

Artikel Lain