suria

Bintang legenda Lata Mangeshkar meninggal dunia selepas 27 hari bertarung Covid-19

Mageshkar adalah legenda yang banyak berjasa dalam industri Bollywood

PENYANYI legenda Bollywood Leta Magenshkar meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat Covid-19 sejak dimasukkan ke hospital pada 11 Januari.

Berita sedih ini turut dikongsi oleh Perdana Menteri India iaitu Narendra Modi yang menganggap pemergian Mageshkar adalah satu kehilangan besar kerana jasanya dalam industri seni di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Lara Dutta kongsi tabiat hero-hero Bollywood, dedah sering dihubungi Salman Khan lewat malam

“Seorang yang baik dan penyanyang telah meninggalkan kita. Pemergiannya tiada penganti.

“Generasi kini akan mengenang beliau sebagai seorang yang bekerja keras untuk budaya India, dengan suara yang merdu dan mampu menambat hati semua,” tulis Nodi pada satu perkongsian di Twitter.

Mageshkar dilahirkan pada 28 September 1929 dan telah memulakan kerjaya seni pada awal usia remaja. Beliau telah menyanyikan lebih 15,000 lagu sepanjang bergelar penyanyi.

Lagu-lagu nyanyian Mageshkar juga sentiasa menjadi siulan apabila dijadi sebagai lagu tema sesebuah filem.

Antara filem-filem yang menggunakan suara Mageshkar dalam lagunya adalah Mohabbatein dan Kabhi Kushi Kabhi Gham.

Mageshtar tidak pernah berkahwin dan tidak mempunayi anak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain