PELAKON Lindsay Lohan memberitahu dia kini sudah melakukan beberapa persiapan menjelang majlis perkahwinannya tidak lama lagi. Memetik laporan Hollywoodlife, Lindsay berkata dia sudah menempah beberapa pasangan gaun yang akan dipakai pada hari bahagiannya itu. "Saya sudah berbincang dengan kawan saya mengenai gaun... mungkin beberapa pasang gaun," katanya. Sebelum ini, pelakon The Freaky Friday itu mendedahkan sudah bertunang dengan Bader Shammas pada 28 November tahun lalu. Dalam pada itu, biarpun majlis perkahwinan akan berlangsung tidak lama lagi namun Lindsay sentiasa dilihat tenang. "Saya bukan seorang yang kelam kabut. Macam di hari lahir saya, saya mahu pastikan semua orang dalam keadaan baik. Kemudian, barulah saya okay. "Saya mahu semua perkara dalam keadaan betul dan mengikut susunan yang ditetapkan," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!