suria

Isu suruh isteri simpan aib suami, Ria Ricis yakin ada pihak mahu jatuhkan nama baik kakaknya, Oki Setiana Dewi

Ria percaya ada pihak kurang senang dengan kakaknya Oki Setiana Dewi.

POTONGAN video ceramah ustazah selebriti Oki Setiana Dewi menjadi viral dan menerima pelbagai kecaman netizen gara-gara dituduh menyokong keganasan rumah tangga.

Susulan itu, adiknya, pelakon Ria Ricis tampil bersuara dan menganggap ada pihak yang ingin menjatuhkan nama baik kakaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikecam netizen gara-gara ceramah suruh isteri diamkan diri walau dipukul... Oki Setiana Dewi mohon maaf, jelaskan video 3 tahun lalu

“Kalau kita lihat video itu dipotong. Biasalah ada orang suka atau tidak dengan kita,” ujarnya dalam wawancara di YouTube KH Infotainment.

Ria menegaskan kakaknya sama sekali tidak menyokong keganasan rumah tangga, namun menyampaikan sebuah kisah tentang wanita yang berbuat baik meski diperlakukan tidak sepatutnya oleh suami.

“Sebenarnya ustazah Oki menceritakan sebuah kisah, beliau tidak menyokong keganasan rumah tangga” katanya.

Biarpun mendapat kecaman teruk daripada beberapa pihak, Ria Ricis memberitahu Oki tetap sabar dan tabah menghadapinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain