suria

Bendera India kibar separuh tiang, tiada hiburan rasmi bagi hormati pemergian Lata Mangeshkar

India berkabung dua hari menghormati pemergian Lata Mangeshkar.

MASYARAKAT India bersedih dengan pemergian penyanyi legenda Lata Mangeshkar yang menghembuskan nafas terakhir pada Ahad.

Lata sudah diibaratkan sebahagian daripada seni budaya India terutamanya dalam bidang perfileman.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang legenda Lata Mangeshkar meninggal dunia selepas 28 hari bertarung Covid-19

Vokal merdunya mengalun sejumlah lagu dan filem Bollywood antaranya Dil To Pagal Hai, Dilwale Dulhaniya Le Jayenge, Kabhi Khushi Kabhie Gham dan Mohabbatein.

Kehilangan itu juga dirasakan pemerintah India.

Seperti dipetik CNN, pemerintah India mengumumkan masa berkabung selama dua hari sebagai penghormatan buat biduanita itu.

lata2

Mayat mendiang dikebumikan pada Ahad.

Kementerian Dalam Negeri India juga mengeluarkan arahan bendera kebangsaan India dipasang separuh tiang.

Manakala tiada sebarang hiburan rasmi dianjurkan pada tempoh tersebut.

Selain itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menganggap pemergian Lata seperti meninggalkan lubang buat negara itu.

"Lata seorang yang baik sudah meninggalkan kita. Ia pergi meninggalkan lubang buat negara kita yang tidak akan boleh diisi," ujarnya di Twitter.

India berkabung dua hari menghormati pemergian Lata Mangeshkar.

Kehilangan dirasai seluruh negara.

Menurutnya, generasi akan datang akan mengenangnya sebagai seorang yang setia dengan budaya India, suaranya tiada bandingan dalam membuatkan orang kagum" ujarnya.

Lata Mangeshkar meninggal dunia pada usia 92 tahun selepas sebulan melawan Covid-19.

Mendiang meninggal akibat kegagalan sejumlah organ dalam selepas 28 hari mendapatkan rawatan di hospital.

Mayat mendiang selamat dikebumikan pada Ahad lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain