suria

Krisdayanti mengaku beberapa kali buat pembedahan plastik demi cantik di mata suami

Krisdayanti lakukan pembedahan plastik untuk kepuasan diri

SECARA terbuka penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti mendedahkan dia beberapa kali melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah dan tubuh yang cantik.

Penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia ini memberitahu setiap pembedahan dan rawatan menelan belanja yang tinggi dan dia akan mendapatkan perkhidmatan doktor terbaik di luar Indoinesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja bakal jadi nenek... Krisdayanti minta doktor peribadi siap sedia 24 jam pantau kandungan Aurel Hermansyah

“Sebagai seorang public figure, kita perlu sentiasa menyerlah. Jadi saya perlukan pembedahan kecantikan.

“Tetapi saya lakukannya dengan doktor yang bertauliah.

“Saya hanya untuk senangkan suami dan diri sendiri sahaja. Saya tidak ganggu orang lain.

“Di Singapura, kos konsultasi doktor sahaja sudah mahal, belum lagi kos pembedahan dan bilik yang dikira mengikut jam,” jelas Krisdayanti.

Dalam masa sama Kridayanti akui pernah melakukan implan payudara. Namun dia menegaskan tidak pernah membuat sebarang perubahan besar pada bahagian hidung.

“Saya tidak pernah melakukan pembedahan hidung, hanya sedikit sahaja,” katanya.

Dia turut mendapatkan rawatan stem sel di Jerman yang memberi perubahan pada stamina. -KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Krisdayanti, KD Bedah Plastik

Artikel Lain