suria

Cho Yi Hyun kongsi pengalaman pertama kali bawa watak pendiam dalam All Of Us Are Dead

Cho Yi Hyun akui watak dalam drama All Of Us Are Dead mencabar dirinya.

PELAKON Cho Yi Hyun berkongsi pengalamannya membintangi drama siri popular All Of Us Are Dead yang kini ditayangkan di platfrom Netflix.

Menerusi laporan Soompi, Cho Yi Hyun mengakui dia pertama kali memegang watak sebagai seorang yang dingin dan pendiam.

Biarpun watak tersebut mencabar baginya, namun dia yakin dapat melakukan yang terbaik di samping barisan pelakon yang lain.

"Ini kali pertama saya mengambil cabaran memegang watak sebagai seorang yang pendiam dan dingin.

"Penggambaran dijalankan di sekolah dan sebabkan saya boleh bekerjasama dengan barisan pelakon yang sebaya, saya dapat menghilangkan rasa beban.

"Saya tidak pasti dapat lakukan yang terbaik tapi apa yang boleh dikatakan yang saya tidak melakukan kerja tidak bagus.

"Ramai orang bercakap perkara yang baik pada saya, jadi saya rasa sudah lakukan yang terbaik," kata Cho Yi Hyun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain