suria

Dah masuk usia 56 tahun, badan Salman Khan ‘maintain’ seksi… Jurulatih peribadi dedah rahsia

Salman Khan masih menitikberatkan kesihatan dan penampilan tubuh.

SUDAH mencecah 56 tahun, penampilan tubuh sasa pelakon Salman Khan menerima pujian peminat.

Menurut laporan Tabloid, jurulatih peribadinya iaitu Rakesh Udyar mendedahkan rahsia aktor itu menjaga kesihatan tubuh dan mendapatkan bentuk badan seksi.

Kata Rakesh, Salman menjalani rutin senaman dan pemakanan yang ketat setiap hari.

Dia berdisiplin melakukan senaman kardio dan menghabiskan masa selama tiga jam di gimnasium.

Aktiviti kecergasan ini dilakukan oleh aktor filem Bajrangi Bhaijaan ini sejak muda sehingga kini.

Memandangkan usia Salman semakin meningkat, Rakesh berkata dia terpaksa mengurangkan beban berat di gimnasium.

Selain itu, Salman juga rajin berjoging, berjalan kaki, berenang dan mendaki bukit bagi mengekalkan stamina tubuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain