suria

Terlalu rindu nak dukung cucu, Doddy Sudrajat tiba-tiba menangis ditanya tentang Gala Sky

Doddy terlalu merindui cucunya itu yang sudah lama tidak berjumpa.

BAPA Allahyarham Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat sebak sehingga menitiskan air mata ketika ditanya mengenai cucunya iaitu Gala Sky Ardiansyah.

Menurut laporan Tabloid, Doddy mengakui terlalu merindui kanak-kanak berusia setahun enam bulan itu.

"Ya dah lama (tak jumpa). Dua bulan lebih tak jumpa Gala," katanya ketika ditemui media di kawasan Jatiwaringin, Jakarta Timur, Indonesia pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Doddy memberitahu dia ada mengunjungi kediaman besannya iaitu Haji Faisal untuk bertemu dengan Gala.

Namun kehadiran Doddy bersama peguam itu menimbulkan tanda tanya dan kurang disenangi oleh bapa Allahyarham Bibi Ardiansyah itu.

"Saya cuba berusaha berjumpa Gala, nak bawa dia jalan-jalan tapi tak diizinkan. Tak apa la mungkin nanti saya cuba lagi... bila waktunya ke sana, teringin nak dukung Gala, rindu sangat.

"Sekarang saya hanya lihat Gala menerusi video, TikTok. Ya seronok tengok dia membesar sihat seiring usia, semoga dia diberikan kesihatan, cerdas dan menjadi anak soleh, itu paling penting.

"Semoga dia menjadi seorang penghafal Al-Quran, boleh doakan ibu dan ayahnya kelak," ujarnya.

Untuk rekod, Vanessa dan Bibi atau Febri meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 4 November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain