suria

Rancangan kahwin Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor tergendala gara-gara Covid-19

Ranbir dan Ali menjalinkan hubungan cinta sejak 2017.

LIMA tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Ranbir Kapoor mengakui dia dan kekasihnya yang juga aktres Alia Bhatt mempunyai perancangan untuk kahwin.

Bagaimanapun, Ranbir memberitahu pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan perancangan mereka tidak dapat dilaksanakan.

"Majlis perkahwinan kami akan diadakan kalau pandemik Covid-19 tidak menyerang kehidupan kita," kata Ranbir.

Sebelum ini, Alia menerusi temu bual bersama media turut mengatakan dia seperti sudah berkahwin dengan kekasihnya itu.

Pasangan itu mula bercinta semenjak membintangi filem Brahmastra sekitar 2017 namun mereka memilih untuk merahsiakan hubungan tersebut.

Bagaimanapun pasangan itu terbuka berkongsi mengenai hubungan cinta mereka ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Sonam Kapoor. - HindustanTimes

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain