PENYANYI dangdut Inul Darastista memohon kepada kerajaan Indonesia supaya melanjutkan waktu operasi pusat karaoke miliknya sehingga pukul 12 tengah malam. Menurut laporan Tabloid, Inul meluahkan pandangannya itu selepas kementerian berkaitan mengumumkan penghapusan ujian PCR dan RTK sebagai syarat perjalanan domestik. Mengakui gembira dengan pengumuman itu, Inul bagaimanapun berkata perniagaan hiburan keluarga seperti pusat karaoke juga harus diberikan kelonggaran operasi. ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 8,000 pekerja pusat karaoke... Inul Daratista sedih idea sering diciplak pesaing! Dalam pada itu, penyanyi lagu Goyang Inul ini turut berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan perniagaan berjalan sepanjang tempoh pandemik Covid-19. "Saya berterima kasih kepada pemerintah sebab benarkan perniagaan beroperasi semula meskipun waktu terbatas. "Cuma hasil pendapatan tak semaksimum sebabnya sewa kedai harus dibayar seperti biasa. Kami penyewa tiada pilihan untuk menolak. Sewa mall banyak undang-undang baharu mengenai pembayaran dan sebagainya," katanya. Dalam pada itu, Inul juga meluahkan mengenai pembayaran gaji pekerja dan sewa kedai. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!