suria

Pengurus menangis datang upacara pemakaman Tangmo Nida… Netizen tak puas hati tengok foto ibu tersenyum!

Kratik (kiri) dan Panida (tengah) semasa di upacara pemakaman Tangmo Nida pada Jumaat.

KEHADIRAN pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik di majlis pemakaman dan memperingati kematian aktres itu mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna memuat naik beberapa keping foto memperlihatkan Kratik muncul di majlis berkenaan untuk memberikan penghormatan terakhir.

Kratik berada di Gereja Liberty Bangkok itu kira-kira 15 minit dan kemudiannya berlalu pergi tanpa mahu ditemu bual media.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga serah ‘baju terakhir’ Tangmo Nida, proses solek mayat sukar... Upacara pembakaran Isnin ini

ARTIKEL BERKAITAN: Upacara memperingati kematian Tangmo Nida diadakan selama 3 hari... Ibu mohon bedah siasat semula

"Dia datang bawa bunga, menangis di depan pentas selama 15 minit dan terus pulang. Dia enggan ditemu bual kerana mahu privasi.

"Ada ramai wartawan di sana, kalau tak nak ditemi bual dan mahu privasi, saya cadangkan awak duduk rumah sahaja," tulis pengguna Twitter berkenaan.

kratik 1

Netizen kurang senang kehadiran Kratik atau Gatick di majlis berkenaan.

Dalam foto yang dikongsi itu, Kratik yang mengenakan baju berwarna putih dilihat sebak sambil mengusung jambangan bunga.

Dia diiringi beberapa individu menolak untuk ditemu bual oleh sekumpulan wartawan yang menunggu di luar gereja.

Selain Kratik, dua lagi suspek yang dikaitkan menjadi punca kematian Tangmo iaitu Robert dan Por turut menghadiri majlis berkenaan.

kratik 2

Kratik enggan ditemu bual media.

Bukan itu sahaja, sekeping foto memperlihatkan ibu Tangmo iaitu Panida tersenyum turut menerima kritikan netizen.

Upacara pemakaman itu hanya dihadiri oleh tetamu membabitkan keluarga dan teman rapat.

Manakala peminat boleh menyaksikan secara langsung menerusi laman YouTube.

tangmo 2

Foto Panida dengan wajah tersenyum turut dikecam.

Ia diadakan selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada 26 Februari lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain