POLIS menemukan bukti baharu terkait kematian aktres Thailand, Tangmo Nida. Mereka mendedahkan terdapat seseorang berada di belakang bot laju sebelum kejadian aktres itu terjatuh ke sungai. Ketua Polis Wilayah 1, Letjen Jirapat Phumichit berkata, bukti tersebut daripada video CCTV yang diambil dari sebuah bangunan di tepi sungai Chao Phraya. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen bongkar video terakhir Tangmo Nida ada petunjuk baharu, dengar suara lelaki menjerit suruh ke belakang bot Rakaman menunjukkan seseorang berdiri dan duduk di belakang bot laju itu pada 24 Februari lalu pukul 10.34 malam sebelum Tangmo jatuh ke sungai. “Bukti itu berguna kerana akan membantu penyelidik mendapatkan penjelasan lebih mengenai kes ini,” katanya seperti dilapor CNN. Penyelidikan lebih lanjut diperlukan sebelum polis mengesahkan sama ada individu tersebut adalah Tangmo Nida. Mayat Tangmo Nida dibedah siasat semula. Polis juga akan membuat analisis serta meningkatkan kejelasan rakaman dan memeriksa koordinat GPS bot laju itu. Sementara itu, Pengarah Pusat Ilmu Forensik Thailand, Songsak Raksaksakul memberitahu pihaknya membentuk panel untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat Tangmo. Hal tersebut merupakan permintaan ibu TangmoNida, Panida yang juga mengundang seorang doktor daripada institut lain untuk menyertai pembedahan. Songsak memberitahu, tubuh Tangmo Nida akan disimpan di Thammasat University Hospital. Bedah siasat kedua itu akan selesai dalam tempoh 30 hari. Tubuh Tangmo Nida sepatutnya dikremasi pada Isnin, tetapi pada Sabtu lalu, ibunya meminta penyelidik untuk memindahkan tubuh pelakon itu ke lembaga forensik untuk dibedah semula. Untuk rekod mayat Tangmo ditemui selepas tiga hari terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya. Pelbagai spekulasi timbul berkaitan punca kematian namun sebelum ini pihak polis menjelaskan Tangmo meninggal dunia akibat lumpur dalam paru-paru. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!