suria

Hailey Baldwin hampir terkena strok ketika sarapan, ada ketulan darah beku di otak

Hailey bersyukur ada bersama suami ketika insiden tersebut berlaku.

ISTERI kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin berkongsi detik mencemaskan apabila dia mengalami simptom serangan strok pada pagi Khamis lalu.

Menerusi laporan Hollywoodlife, Hailey memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia sedang menikmati sarapan pagi bersama suaminya.

Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan model itu kekurangan oksigen.

"Saya alami simptom serangan strok ketika sedang menikmati sarapan dengan suami dan dibawa terus ke hospital pada pagi Khamis.

"Selepas jalani pemeriksaan, doktor mengesahkan saya mempunyai ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan saya kekurangan oksigen.

"Tapi badan saya berjaya mengatasinya dan saya pulih dalam beberapa jam," kata Hailey.

Dalam pada itu, Hailey mengakui apa yang berlaku itu merupakan insiden yang paling menakutkan pernah dialaminya.

Kini dalam keadaan baik, Hailey turut bersyukur dan berterima kasih kepada semua terutama doktor dan jururawat yang merawatnya.

"Bagi saya, ia merupakan momen paling menakutkan yang saya pernah alami. Kini saya di rumah dan dalam keadaan baik.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua doktor terbaik dan jururawat yang merawat saya. Terima kasih kepada semua yang ambil berat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain