suria

Sedihnya... Kekasih bawa cincin kahwin, minta forensik pakaikan di jari Tangmo Nida buat kali terakhir

Bird membawa cincin yang dipilih sendiri oleh Tangmo.

KEHILANGAN aktres Tangmo Nida menjadi tamparan hebat buat kekasihnya yang dikenali sebagai Bird.

Menurut rakan mendiang Amena, Bird masih lagi bersedih dan keadaan mentalnya terjejas sejak berita kematian aktres itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga serah ‘baju terakhir’ Tangmo Nida, proses solek mayat sukar... Upacara pembakaran Isnin ini

Hadir memberi penghormatan terakhir di upacara pengebumian Tangmo di Gereja Liberty Bangkok pada Jumaat, Bird memakai baju berwarna merah jambu.

tangmoBird masih bersedih dengan kematian Tangmo.

Namun apa yang cukup memilukan, Bird hadir bersama bunga pemberian Tangmo sembilan tahun lalu dan cincin untuk melamar mendiang.

Katanya, cincin tersebut merupakan pilihan Tangmo untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Bagaimanapun, Tangmo tidak sempat melihat dan memakai cincin berkenaan.

tangmo nida 2

Peminat yang hadir di acara memberi penghormatan terakhir buat Tangmo.

Justeru, buat kali terakhir Bird meletakkan cincin itu di ruangan yang menempatkan foto aktres berkenaan.

Dia juga bercadang untuk memberikan kepada pakar forensik untuk menyarungkan kepada mayat jika dibenarkan.

Untuk rekod mayat Tangmo ditemui selepas tiga hari terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya.

Pelbagai spekulasi timbul berkaitan punca kematian namun sebelum ini pihak polis telahpun menjelaskan Tangmo meninggal dunia akibat lepas kerana terdapat kesan lumpur pada paru-paru. -TNEWS

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain