suria

Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt tunggu rumah siap ubah suai sebelum langsung perkahwinan

Alia dan Rabir masih belum putuskan tarikh sebenar perkahwinan

TARIKH perkahwinan pasangan pelakon Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt terus menjadi tanda tanya selepas beberapa kali tertunda.

Ranbir dan Alia sebelum kini pernah memberitahu mereka terpaksa menangguhkan perancangan untuk berkahwin akibat pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancangan kahwin Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor tergendala gara-gara Covid-19

Ada khabar angin menyebut mereka mahu berkahwin pada Disember tahun ini, namun ada pula yang mengatakan ia bakal berlangsung pada April nanti.

Bagaimanapun ia seakan tidak logik kerana bulan April bakal menjelang dan pasangan ini dilihat belum melakukan sebarang persiapan.

Satu sumber memberitahu, tarikh sebenar perkahwinan mereka setakat ini dijangkakan berlangsung pada Oktober nanti.

Pasangan ini menunggu rumah kediaman mereka untuk siap diubahsuai.

“Semua orang tidak tahu kenapa tarikh perkahwinan mereka sering bertukar-tukar.

“Rumah mereka sedang dalam proses ubah suai dan mungkin ambil masa selama 18 bulan untuk siap dan mereka berpindah masuk,” kata sumber tersebut seperti yang dipetik dari Times of India.

Pasangan ini mula bercinta sekitar 2017 selepas sama-sama berlakon dalam filem Brahmastra.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain