PELAKON Indonesia Barbie Kumalasari cedera di bahagian leher akibat di serang dua orang perompak bermotosikal. Kejadian itu juga membuatkan Barbie kehilangan rantai berlian bernilai kira-kira RM118,000 (Rp 400 juta). ARTIKEL BERKAITAN: Barbie Kumalasari tak mahu disamakan dengan wajah orang Indonesia, mengaku keturunan Belanda Cerita tersebut dikongsi sendiri oleh Barbie yang memuat naik laporan polis di Instagram selepas insiden itu berlaku. Menurut laporan tersebut, kejadian berlaku pada pada 9 Mac sekitar pukul 8.30 malam. “Ketika pelapor sedang menyeberangi jalan untuk ke kereta, tiba-tiba didatangi dua lelaki yang tidak dikenali menaiki motorsikal dan terus merampas rantai berlian pada pelapor,” tulis laporan berkenaan. Berserta dengan hantaran yang dimuat naik, Barbie juga berharap perompak tersebut segara diberkas oleh pihak berkuasa. “Semoga cepat menemui orang yang merompak,” jelasnya. Dalam satu perkongsian lain, Barbie turut menunjukkan gambar bahagian lehernya yang mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!