TIDAK puas hati dengan hasil siasatan polis Thailand, sekumpulan peminat mendiang Tangmo Nida berkumpul beramai-ramai di hadapan ibu pejabat polis Jalan Rama I, di Bangkok. Perhimpunan yang melibatkan seramai 2,000 orang peminat itu memulakan gerakan dengan mewujudkan kumpulan tersebut pada Jumaat menerusi aplikasi Line. ARTIKEL BERKAITAN: Timbul spekulasi baharu, Tangmo Nida dipaksa layan nafsu lelaki VVIP sebelum jatuh bot Kesemua yang hadir diminta memakai pakaian berwarna hitam dan putih sebagai tanda protes. Gerakan menuntut keadilan ini berpunca dari keraguan yang timbul dalam kalangan peminat terhadap punca sebenar kematian Tangmo. Pihak polis sebelum ini telah pun memberi kenyataan bahawa punca kematian Tangmo adalah disebabkan kecuaian tanpa ada sebarang unsur jenayah. Hasil soal siasat terhadap lima individu yang bersama Tangmo sebelum terjatuh dari bot pada 24 Februari lalu masih belum jelas. Jeneral Polis, Jirapat Phumijit memberitahu keputusan penuh kes ini akan dimaklumkan selepas menerima laporan bedah siasat dari Universiti Mahidol dan Institut Perubatan Forensik di sana. Acara memberi penghormatan terakhir buat Tangmo Pihak polis kini telah memanggil seramai 80 orang saksi bagi memberi keterangan dan hanya dua individu iaitu pemilik bot, Tanupat dan pemandu bot Phaiboon sahaja yang didakwa. Dalam perkembangan lain, kini sedang berlangsung acara memperingati mendiang Tangmo di sebuah geraja di Bangkok. Acara tersebut berlangsung sejak Jumaat dan pendaftaran untuk memberi penghormatan terakhir buat Tangmo telah penuh sepanjang tiga hari berlangsung. Untuk rekod mayat Tangmo ditemui selepas tiga hari terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya. Pelbagai spekulasi timbul berkaitan punca kematian namun sebelum ini pihak polis telahpun menjelaskan Tangmo meninggal dunia akibat lepas kerana terdapat kesan lumpur pada paru-paru. -BANGKOKPOST Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!