KES perbicaraan hak penjagaan anak kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Gala Sky, terus mendapat perhatian ramai. Terbaharu, bapa kepada Vanessa iaitu Doddy Sudrajat membawa saksi ke mahkamah bagi membuktikan dakwaannya mengatakan Vanessa hamil anak luar nikah adalah benar. ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh Vanessa Angel hamil sebelum kahwin, bapa mentua bengang Doddy sanggup buka aib anak sendiri Justeru hak penjagaan Gala sepatutnya diberikan kepada waris keluarga Vanessa. Peguam yang mewakili Doddy menjelaskan perkara itu dan turut memberitahu terdapat dua saksi iaitu bekas pembantu Vanessa bagi mengesahkan kenyataan tersebut. “Kedua saksi telah menjelaskan kepada mahkamah dan tidak ada sebarang pembohongan. “Mereka bercerita tentang kerja, kehamilan dan pernikahan Vanessa,” jelas Tegar selaku peguam Doddy seperti dipetik dari KapanLagi. Tegar turut memberitahu pendedahan tersebut bukanlah mahu membuka aib kisah silam Vanessa. Vanesssa bersama Bibi dan Gala “Ini adalah fakta dalam undang-undang. “Semua keterangan, saksi dan bahan bukti harus berkaitan. “Jika ia dibincangkan di luar mahkamah, itu baru aib,” katanya. Doddy sebelum ini pernah mendedahkan hal tersebut menerusi satu temu bual di saluran Youtube Uya Kuya TV. Dia memberitahu terpaksa merestui perkahwinan Vanessa dan Bibi Andriansyah kerana ketika itu anaknya sudah hamil dua bulan. Vanessa dan Bibi berkahwin pada Januari 2020. Kedua-duanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada November tahun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!