AKTOR Lee Jung Jae menjadi pelakon Korea pertama yang memenangi anugerah Pelakon Terbaik kategori Drama Siri di Critics Choice Award yang ke-27 pada Ahad. Lee Jung Jae menerusi ucapannya berterima kasih kepada semua orang yang menyokong drama lakonannya iaitu Squid Game. Menurut Lee Jung Jae, dia sukar untuk meluahkan perasaan keterujaannya memenangi anugerah itu dengan perkataan. "Terima kasih semua orang yang menyokong Squid Game. Sangat sukar untuk menyusun perkataan bagi menggambarkan perasaan saya. Terima kasih," katanya. Sementara itu, drama Squid Game menjadi siri paling ramai mendapat tontonan di Netflix dengan lebih 1.65 juta tontonan dalam masa 28 hari selepas ditayangkan pada September 2021. Sumber - Allkpop Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!