DIDAKWA pernah menjadi pembuli ketika di bangku sekolah, anak kepada penyanyi Ahmad Dhani iaitu El Rumi tampil menjelaskan dakwaan tersebut. Menurut El Rumi, dia tidak pernah membuli seperti yang didakwa oleh adik kepada penyanyi Aurel Hermansyah iaitu Azriel Hermansyah. Jelas El Rumi, dia menganggap perbuatannya ketika di sekolah itu hanya sekadar gurauan seperti yang dilakukan oleh kakak Azriel kepadanya. "Maksud buli itu macam mana? Kalau bagi saya dikatakan buli itu tidak pernah. Maksud saya, bukan buli tapi lebih kepada bergurau sesama rakan di SMA saja. "Kalau anda nak tahu, saya juga pernah diusik oleh kakak dia juga tapi saya hanya diamkan saja," kata El Rumi. Sebelum ini, Azriel mendakwa El Rumi pernah membulinya ketika mereka di bangku sekolah SMA. Sementara itu, adik kepada Al Ghazali ini memohon maaf sekiranya Azriel menganggap gurauan yang dilakukannya itu seperti membuli. "Mungkin Azriel anggap ia sebagai buli... kalau macam itu, saya minta maaf," ujar El Rumi. - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!