DITUDUH mata duitan dan sanggup menerima wang pampasan bagi menutup kes kematian anaknya, ibu kepada mendiang Tangmo Nida iaitu Panida Siriyudthayothin tampil memberi amaran kepada netizen yang berterusan menulis komen negatif mengenai dirinya. Menurut laporan Thaitiger, Panida berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berterusan menyebarkan fitnah mengenai dirinya. Kata Panida, dia sudah lama bersabar dan tidak teragak-agak mengheret individu yang melakukan tuduhan tidak berasas itu ke muka pengadilan. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai marah ibu Tangmo Nida sanggup maafkan 2 suspek selepas terima RM3.8 juta! "Mulai sekarang, saya akan menuntut orang-orang yang menyebarkan fitnah dan berita bohong. Fitnah dan tuduhan kononnya saya gilakan duit dan tak risaukan anak. "Dulu ada yang kata saya ibu mata duitan, lebih utamakan duit daripada anak... sekarang ini saya benar-benar akan ambil tindakan," katanya. Pada 4 Mac lalu, ramai netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan Panida yang memaafkan dua suspek kematian anaknya selepas memberi wang pampasan berjumlah RM3.8 juta. Pada Khamis, mayat Tangmo dibedah siasat buat kali kedua atas permintaan ibunya. Keputusan Panida memaafkan dua suspek iaitu pemandu bot laju Phaiboon Roberts serta Danupat 'Por'Lerttaweewit (pemilik pengusahaan bot laju) mengejutkan ramai pihak. Tindakan Panida itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen sehingga ada menuduh dia mata duitan kerana sanggup menerima wang daripada suspek kes kematian anaknya. Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada 26 Februari lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!