suria

Disoal siasat terlibat kes Youtuber cuci duit, Atta Halilintar pulangkan beg Dior hadiah hari jadi

Atta antara selebriti yang turut terkait kes penipuan Doni Salmanan

GARA-GARA menerima hadiah seutas beg berjenama mewah jenama Dior, Atta Halilintar turut dipanggil pihak berkuasa Indonesia bagi menjalani sesi soal siasat berkaitan kes perjudian dan cuci wang melibatkan YouTuber terkenal Doni Salmanan.

Suami kepada penyanyi Aurel Hermansyah itu hadir ke balai polis pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber Doni Salmanan ditahan judi atas talian, Rizky Febian dipanggil soal siasat

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar didakwa tempah satu tingkat bangunan hospital sambut anak pertama

Selesai menjalani siasatan, Atta memberitahu dia sudah mengembalikan beg yang diterimanya sempena ulang tahun kelahiran pada November tahun lalu.

“Saya hanya menerima beg sempena ulang tahun dan ia sudah dikembalikan,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, menurut Atta lagi dia mula mengenali Doni menerusi aplikasi podcast dan merasa bangga melihat kejayaan seorang anak muda yang sering berkongsi hadiah wang tunai.

atta 22

Atta ketika hadir ke sesi soal siasat

Mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku, Atta akan lebih berhati-hati untuk menerima sebarang bentuk hadiah dari mana-mana individu.

“Saya mula kenal Doni di aplikasi posdcast dan kagum melihat anak muda sepertinya yang selalu berkongsi rezeki memberi hadiah wang tunai.

“Semestinya saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” jelasnya.

doni

Doni ditahan pada 9 Mac lalu.

Doni ditahan pihak berkuasa pada 9 Mac atas pertuduhan perjudian dan cuci wang yang dilakukan secara atas talian.

Beberapa nama selebriti lain turut dipanggil pihak berkuasa bagi tujuan soal siasat.

Antara nama yang terlibat selain Atta adalah Rizky Febian, Reza Arap, Rizky Billar dan Lesti Kejora.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain