MENGHADIRI perjumpaan semula barisan pelakon 'Harry Potter', aktor Danial Radcliffe menjelaskan ia tidak bermaksud dia akan membintangi sekuel terbaharu filem tersebut. Memetik laporan Hollywoodlife, dia kini lebih selesa menjalani kehidupan selepas berjaya keluar dari watak Potter. "Ini bukan jawapan yang dimahukan sesiapa, tetapi saya rasa, dapat kembali dan menikmatinya kerana ia bukan sebahagian daripada kehidupan seharian saya lagi. "Saya sampai ke satu tahap di mana saya rasa dah berjaya keluar dari 'Potter' dan sangat gembira dengan keadaan sekarang. "Jika saya kembali, ia akan menjadi perubahan besar dalam hidup saya," katanya. Kehadiran Danial menyertai rakannya iaitu Emma Watson dan Rupert Grint ketika perjumpaan semula HBO Max Harry Potter mengundang pertanyaan netizen. Rata-rata peminat ingin mengetahui Danial akan turut serta dalam sekuel terbaharu filem tersebut yang berjudul Harry Potter and the Cursed Child. Dalam pada itu, Danial bagaimanapun berkata kemungkinan dia akan kembali membintangi filem tersebut namun bukan waktu sekarang. "Saya tidak akan mengatakan tidak, tetapi pelakon lelaki Star Wars mempunyai 30, 40 tahun sebelum mereka kembali. Bagi saya, ini baru 10 tahun. "Ia bukan sesuatu yang saya mahu lakukan sekarang," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!