suria

Rizky Billar, Lesti Kejora dipanggil polis bantu siasatan YouTuber cuci duit… Sedia pulangkan hadiah kahwin RM5,850

Rizky dan Lesti sedia pulangkan semula hadiah wang tunai pemberian Doni.

SELEPAS personaliti media sosial Atta Halilintar, kali ini pasangan selebriti Rizky Billar dan isteri Lesti Kejora pula dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes perjudian dan cuci wang melibatkan YouTuber terkenal Doni Salmanan.

Menurut laporan Kompas, Rizky dikatakan telah menerima hadiah wang tunai bernilai 20 juta Rupiah (RM5,850) semasa majlis perkahwinan mereka.

"Saya dah isteri menerima surat panggilan dari jabatan siasatan jenayah berkait siasatan kes abang DS (Doni Salmanan), yang mana beliau sempat memberikan kami sampul berisi duit sebagai hadiah perkahwinan bernilai 20 juta Rupiah.

"Sebagai seorang warganegara yang amanah, kami akan memberikan kerjasama bertemu pihak berkuasa itu.

"Malah kami bersedia memulangkan semula wang yang diberikan saudara DS kepada pihak penyiasat itu," katanya.

Rizky berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu dia turut menafikan dakwaan kononnya dia menerima sampul berisi wang sebanyak 1 miliar Rupiah bersamaan RM290,000 daripada Doni Salmanan.

Doni ditahan pihak berkuasa pada 9 Mac atas pertuduhan perjudian dan cuci wang yang dilakukan secara atas talian.

Beberapa nama selebriti lain turut dipanggil pihak berkuasa bagi tujuan soal siasat.

Antara nama yang terlibat selain pasangan ini adalah Rizky Febian dan Reza Arap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain