PIDATO yang disampaikan oleh pelakon Cinta Laura berjaya menjentik hati Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas. Menurut laporan Wow, Yaqut berkata pidato yang disampaikan oleh Cinta Laura mengenai toleransi agama boleh memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus hidup dalam suasana aman damai. Kata Yaqut, dia hampir menangis apabila mendengar pidato Cinta Laura itu. Bagaimanapun dia terpaksa menahan tangisan itu kerana isterinya turut berada berdekatan. "Cinta Laura memberi ucapan yang luar biasa dan menginspirasikan, tidak ramai anak muda yang boleh memberi pidato sedalam itu. "Saya rasa nak menangis mendengarnya tetapi saya malu sebab ada isteri di sebelah. "Ini sangat luar biasa kerana apa yang disampaikan Cinta Laura itu biasanya saya ungkapkan berjam-jam di hadapan orang ramai. Terima kasih Cinta... maksudnya Cinta Laura ya," katanya menerusi temu bual di akaun YouTube Pendis Channel. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!