suria

Bekas isteri tak halang Galil Ginanjar jumpa anak, mahu King Faaz membesar normal

Fairuz tidak pernah melarang anaknya untuk bertemu dengan bapa kandung, Galil.

LUAHAN perasaan pelakon Galil Ginanjar yang merindui anaknya iaitu King Faaz di laman sosial menarik perhatian netizen dan bekas isterinya, Fairuz A Rafiq.

Menurut Fairuz A Rafiq, dia tidak pernah melarang anaknya itu untuk bertemu dengan sesiapa pun termasuklah bapa kandungnya sendiri.

“Saya tidak pernah melarang tapi alangkah indahnya, kalau kita orang tua yang baik, biarkanlah anak membesar dengan normal.

“Seperti yang saya beritahu, saya tidak pernah melarang Faaz untuk bertemu dengan sesiapa pun,” katanya.

Sebelum ini, Galil memberitahu dia terlalu merindui King Faaz yang sudah lama tidak ketemu dan mengakui cemburu melihat hubungan anak lelakinya dengan bapa tiri iaitu Sonny Septian.

Galih Ginanjar pernah berkahwin dengan Fairuz pada 5 Mac 2011.

Mereka bercerai pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama King Faaz Arafiq.

Untuk rekod, pada 13 April lalu, Mahkamah Jakarta Selatan Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan kepada Galih Ginanjar kerana menghina kemaluan bekas isteri.

Manakala dua lagi YouTuber iaitu Rey Tami dan Pablo Benua menerima hukuman setahun empat bulan dan setahun lapan bulan.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain