suria

Tak serik-serik, Roby (Geisha) sekali lagi ditahan kerana dadah... Kali ini dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara

Roby (tengah) mengaku salah ambil ganja.

GITARIS kumpulan Geisha iaitu Roby Satria ditahan pihak polis buat kali ketiga atas tuduhan penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Roby ditahan oleh bersama pembantu peribadinya di sebuah studio muzik di Jakarta Selatan, Indonesia pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi pelakon Indonesia ditahan kerana dadah, polis jumpa ganja di rumah Ardhito Pramono

Pihak polis menjalankan siasatan dan tindakan selepas menerima laporan orang awam terdapat kegiatan mencurigakan di tempat tersebut.

Roby mengaku bersalah dan menurut keterangan kepada pihak polis dia mengambil bahan terlarang itu atas alasan terlalu banyak masalah dalam fikirkan.

“Tertuduh (Roby) selama ini menanggung banyak beban fikiran dan dia berusaha mengalihkan perhatian dengan cara yang salah,” ujar wakil polis Jakarta Selatan, Budhi Herdi Susianto.

Selesai menjalani siasatan, Roby sempat memberitahu dirinya dalam keadaan baik ketika sidang media berlansgung.

“Saya baik sahaja,” ucapnya ringkas seperti yang diperti dari Detik Hot.

Roby boleh dikenakan tindakan 12 tahun penjara atas kesalahan tersebut.

Kali pertama dia tahan kerana atas kesalahan sama adalah pada Oktober 2013 dan kemudian sekali lagi pada November 2015.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain