suria

Usia dah 35 tahun, Taecyeon (2PM) lebih suka ibu bapa uruskan kewangan

Kewangan Taecyeon dikawal oleh ibu bapanya.

MESKIPUN sudah berusia 35 tahun namun pelakon dan penyanyi Taecyeon masih menerima wang belanja daripada ibu bapanya.

Malah ahli kumpulan 2PM itu memberitahu sehingga kini ibu bapanya juga yang menguruskan dan mengawal kewangannya.

"Ibu bapa saya yang mengurus dan mengawal kewangan saya. Walaupun saya sudah berusia 35 tahun tapi masih menerima duit belanja," katanya.

Pelakon drama siri Vicenzo itu mendedahkan perkara tersebut ketika temu bual bersama majalah Star 1 baru-baru ini.

Selain itu, Taecyeon menerusi temu bual itu juga menafikan dakwaan mengatakan dia berdepan dengan masalah alkohol.

"Saya rasa, beberapa berita palsu sudah tersebar. Keinginan saya terhadap minuman keras tidak terlalu tinggi. Saya boleh minum dalam satu atau dua botol soju.

"Kalau dulu, jumlah botol yang minum jadi keutamaan tapi sekarang saya lebih tertarik kepada rasa minuman itu," ujarnya.

Sumber - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain