suria

Ria Ricis mahu bersalin secara normal, kerap buat senaman regangan otot

Ria dan suami tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung mereka.

BAKAL melahirkan bayi sulung tidak lama lagi, YouTuber terkenal Indonesia Ria Ricis mengakui proses bersalin sama ada secara normal atau pembedahan tetap mencabar baginya.

Berharap bayinya akan dilahirkan sihat tanpa masalah, Ria bagaimanapun mempunyai keinginan untuk bersalin secara normal.

Malah isteri kepada Teuku Ryan ini juga sudah melakukan senaman seperti berenang, berjalan kaki dan aktiviti merenggang otot sebagai persiapan untuk bersalin.

"Bersalin secara bedah atau normal, sama saja kerana kedua-duanya sama-sama mencabar kan. Yang penting, bayi lahir dengan sihat tanpa masalah.

"Tapi kalau ditanya mengenai keinginan melahirkan anak pertama, kalau diberi keizinan Allah, saya mahu bersalin secara normal. Tapi, kita tak tahu lagi proses bersalin itu macam mana nanti.

"Tapi kita sudah ikhtiar, buat senaman seperti berenang, banyakkan jalan kaki, lakukan aktiviti untuk merenggang otot," kata Ria.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain