suria

Tangmo Nida tidak jatuh kerana kecuaian sendiri, tapi disebabkan orang lain... Polis akhirnya tutup kes

Polis bentang siasatan terhadap Tangmo.

SELEPAS siasatan selama berbulan-bulan, polis Thailand akhirnya membuat kesimpulan aktres 37 tahun itu meninggal dunia akibat lemas.

Polis turut mendakwa kesemua lima rakannya yang menaiki bot termasuk seorang lelaki yang dipercayai sebagai penasihat mereka didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuk kecuaian, berbohong dan menyembunyikan bukti.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen bongkar video terakhir Tangmo Nida ada petunjuk baharu, dengar suara lelaki menjerit suruh ke belakang bot

ARTIKEL BERKAITAN: Upacara pembakaran Tangmo Nida ditunda, mayat dipindahkan semula ke pusat forensik

Dalam sebuah sidang media di ibu pejabat Wilayah Polis Wilayah 1 di Bangkok, polis membentangkan ringkasan ringkas siasatan yang telah dilakukan.

Ketua Polis, Leftenan Jeneral Jiraphat Phumphichit telah menolak terdapat unsur pembunuhan.

Mereka juga membuat kesimpulan bahawa kematian aktres tersebut disebabkan kecuaian seseorang di atas bot, tetapi tidak mengenal pasti suspek yang mana harus dipersalahkan.

Dalam erti kata lain, ia adalah kemalangan.

"Tangmo tidak jatuh ke dalam sungai dengan kecuaian sendiri, tetapi ada seseorang yang menyebabkan kematiannya," ujarnya.

tangmo3

Tangmo meninggal dunia akibat kecuaian

Sementara itu, kenam-enam mereka didakwa seperti berikut:

1 - Tanupat Por Lerttaweewit (pemilik bot laju) didakwa memandu secara cuai menyebabkan kematian, memandu bot tanpa lesen, menjatuhkan objek ke dalam sungai, memberi kenyataan palsu, gagal melampirkan nama bot dan memandu bot yang telah tamat tempoh pendaftaran.

2- Phaiboon Robert Trikanjananun didakwa melakukan kecuaian menyebabkan kematian, memandu bot tanpa lesen, menggunakan bot dengan pendaftaran tamat tempoh dan menjatuhkan objek ke dalam sungai.

3. Wisapat Sand Manomairat menghadapi tuduhan kecuaian hingga menyebabkan kematian.

4. Nitas Jo Kiratisoothisathorn didakwa menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan menjatuhkan objek ke dalam sungai.

5. Manakala pengurus Tangmo, Idsarin Gatick Juthasuksawa didakwa menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan memberikan kenyataan palsu.

6. Selain itu, peguam, Peam Em Thamtheerasri didakwa menyembunyikan bukti untuk membantu pesalah dan meminta orang lain membuat kenyataan palsu.

Pada 24 Februari lalu, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong dilaporkan terjatuh dari bot laju dan lemas di Sungai Chao Phraya berhampiran wilayah Nonthaburi di utara Bangkok.

Terdapat lima orang lain bersamanya pada masa itu. - Thethaiger

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain