suria

Hanya bertahan tiga tahun, hubungan cinta Madonna dengan 'boyfriend' muda berakhir

Madonna dan Ahlamalik tetap saling menyayangi walaupun sudah berpisah.

TIGA tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Madonna dikhabarkan sudah berpisah dengan teman lelakinya iaitu Ahlamalik Williams.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Madonna lari dari memikirkan perpisahannya itu dengan bertemu rakan serta ahli keluarga.

Malah, penyanyi berusia 63 tahun itu juga memenuhkan jadualnya dengan aktiviti seni serta mahu menjaga keluarganya.

"Madonna menjadikan dirinya sibuk dalam kehidupan sosial dan berjumpa dengan rakan serta keluarga selepas perpisahan itu. Dia mempunyai jadual yang padat.

"Bekerja untuk biopik dia akan datang, muzik baharu, dan menjaga keluarganya," kata sumber.

Bagaimanapun, Madonna dan bekas kekasihnya yang berusia 28 tahun itu tetap menyayangi satu sama lain biarpun mengambil keputusan untuk berpisah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain