suria

Syukur akhirnya dapat bercuti dengan keluarga, Nia Ramadhani anggap kes dadah ada hikmah

Nia meluangkan masa bercuti dengan keluarga.

PELAKON Indonesia Nia Ramadhani meluahkan rasa syukur selepas dia terlepas dari hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya, Nia yang dilihat sedang bercuti bersama keluarga turut menganggap peristiwa yang berlaku sebagai satu hikmah buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulih daripada ketagihan dadah, Nia Ramadhani sedia kembali berlakon

“Bersyukur kini boleh bercuti bersama anak-anak dan keluarga setelah melalui satu pengajaran besar dalam kehidupan.

“Apa yang terjadi dalam hidup ini semuanya atas izin Allah. Syukur atas hikmah dari kejadian yang saya dan suami rasakan,” ujarnya.

Nia juga berjanji akan menjadi seorang yang lebih baik dan mengucapkan penghargaan kepada orang-orang yang telah banyak memberi sokongan ketika dia berdepan dengan waktu sukar.

nia ramadhani 1

Nia bersyukur banyak pihak beri sokongan.

“Semoga kami akan menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

“Terima kasih kerana menjadi manusia yang tidak sombong menilai kehidupan seseorang dari hanya melihat luaran sahaja,” katanya.

Nia dan suaminya, Ardi Bakrie dan pemandu mereka ditahan pada Julai tahun dan mahkamah sebelum ini memutuskan ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman penjara selama setahun.

Bagaimana keputusan rayuan baru-baru ini telah membebaskan pelakon Bawang Putih Bawang Merah itu dan hanya perlu menjalani proses pemulihan bermula tarikh ditangkap.

Nia dan Ardi mendirikan rumah tangga pada 1 April 2010 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain