suria

Khabar angin Kangta, Jung Yu Mi bakal berkahwin tidak benar... Agensi dedah masih fasa bercinta

Kangta dan Jung Yu Mi sudah dua tahun bercinta.

DUA tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti iaitu Kangta dan Jung Yu Mi dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Menjelaskan khabar angin tersebut, pihak agensi kedua-dua selebriti itu iaitu SM Entertaiment dan Mystic Story menafikan berita pasangan itu bakal berkahwin.

Agensi turut memaklumkan hubungan cinta mereka masih berjalan baik.

Sebelum ini, tular satu video di YouTube mendakwa pasangan itu bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Malah, keluarga mereka juga dikatakan sudah mula membuat persiapan.

Untuk rekod, Kangta dan Jung Yu Mi mengumumkan hubungan cinta mereka pada sekitar tahun 2020 dan sehingga kini masih lagi dalam fasa percintaan.

Sumber - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain