suria

Brisia Jodie akui sudah lama suka El Rumi... Perbezaan agama mungkin jadi penghalang untuk bercinta

Brisia tidak melihat akan wujud hubungan cinta dengan El Rumi.

MENGAKUI pernah mengidolakan El Rumi, penyanyi Brisia Jodie berkata dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan anak kepada Ahmad Dhani itu.

Menurut Brisia yang merupakan bekas peserta Indonesian Idol, perbezaan agama merupakan antara faktor yang menghalang mereka untuk bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh kaki buli, El Rumi hanya bergurau... Tak sangka Azriel Hermansyah ambil serius

"Ketika El Rumi tampil dalam kumpulan The Lucky Laki, saya mengidolakan dia kerana mempunyai ciri-ciri lelaki pilihan.

"Apabila peminat mahu jodohkan kami berdua saya rasa agak susah kerana perbezaan agama.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi di masa depan, tetapi buat masa sekarang saya dan El Rumi hanya berkawan. Tidak ke arah bercinta," jelasnya seperti yang dipetik dari Kapan Lagi.

Penyanyi usia 26 tahun ini juga memberitahu kegagalan dalam percintaan sebelum ini membuatkan dia pernah merasa trauma untuk mencari pasangan.

"Perasaan trauma tersebut cepat hilang. Saya hanya berdoa dan mendapat sokongan keluarga untuk kembali bangkit," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Brisia Jodie, El Rumi

Artikel Lain