suria

Terima mesej ugutan setiap hari, Amber Heard kesal jadi bahan jenaka

Amber Heard terima banyak ugutan bunuh. Foto: AFP

PELAKON Amber Heard mendedahkan dia menerima mesej ugutan bunuh sepanjang perbicaraan fitnah terhadap bekas suaminya iaitu aktor Johnny Depp.

Memetik laporan Hollywoodlife, Amber memberitahu hampir setiap hari dia menerima mesej berbentuk ugutan.

Malah, dia juga kesal dengan tindakan segelintir pihak yang menjadikan kenyataannya sebagai bahan jenaka.

"Saya menerima ratusan ugutan bunuh, hampir setiap hari. Beribu-ribu, sejak perbicaraan ini bermula. Orang mengejek mengenai kenyataan saya diserang.

"Saya diganggu, dimalukan, diugut, setiap hari walaupun hanya berjalan dalam dewan mahkamah, duduk di hadapan seluruh dunia," katanya.

Johnny Depp and Amber Heard met while making the 2011 movie 'The Rum Diary'. Photos: Reuters/AFP

Konflik Amber dan Johnny masih berterusan.

Amber juga memperincikan bahawa beberapa ancaman bunuh yang diterimanya bukan sahaja ditujukan kepadanya tetapi juga keluarga.

"Orang ramai mahu memasukkan anak saya ke dalam ketuhar gelombang mikro. Mereka memberitahu saya perkara itu," ujarnya.

Konflik antara Depp dan Heard bermula selepas aktres itu mendakwa dikasari dan dipukul oleh bekas suaminya itu ketika mereka masih berkahwin.

Gara-gara pendedahan itu, karier seni Depp menjadi malap namun selepas enam tahun akhirnya dia berani memfailkan saman terhadap Heard untuk membersihkan namanya.

Untuk rekod, Depp mendirikan rumah tangga dengan Heard pada 2015 namun mereka berpisah sekitar 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain