suria

Pelakon Indra Bruggman putus hubungan dengan rakan artis gara-gara lari bayar hutang

Indra juga menjadi mangsa buli di sosial media.

PELAKON terkenal Indonesia Indra Bruggman mendedahkan dia pernah ditipu oleh seorang rakan artis yang meminjam duit, namun sehingga kini wang tersebut tidak pernah dikembalikan.

Menurut Indra, dia sudah tidak berhubung lagi dengan selebriti berkenaan gara-gara kejadian yang berlaku sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap berkongsi kemesraan di laman sosial, Cita Citata akui Indra Bruggman miliki ciri-ciri lelaki idamannya

"Ada yang menipu pinjam duit dan berjanji mahu bayar kembali. Sehingga sekarang masih belum dibayar.

"Saya beri wang tersebut kerana katanya untuk keperluan keluarga. Sekarang kami tidak lagi berhubung kerana takut dia akan melakukan perbuatan sama," katanya ketika menjadi tetamu program Rumpi.

Sementara itu dalam temubual sama, pelakon sinetron Jinny Oh Jinny ini juga memberitahu sering menjadi mangsa buli netizen di media sosial.

"Kata-kata yang mereka berikan sangat tidak beretika sehingga membuatkan saya terfikir adakah mereka benar-benar mengenali saya.

"Setiap komen yang diberikan itu saya akan lihat profil penghantarnya,” jelasnya. -SUARA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Indra Bruggman

Artikel Lain