suria

Tak puas hati tengok lakonan sendiri, Yoon Ji On tertekan bawa watak utama

Ji On sentiasa mahukan yang terbaik dalam lakonan.

MENONTON sendiri hasil kerjanya dalam drama terbaharu berjudul Tomorrow, pelakon Yoon Ji On mengakui sering tidak berpuas hati kerana baginya dia mampu melakukan lebih baik dalam setiap babak.

Menurut Ji On, sebagai seorang pelakon dia sentiasa mahu memperbaiki mutu lakonan kerana jika dia terlalu selesa dengan hasil kerja sendiri akan membuatkan seseorang itu berhenti melakukan lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Nam Joo Hyuk tertekan berlakon, mahu penonton rasai emosi

"Saya sering merasa tidak berpuas hati dengan semua lakonan sendiri. Saya melihat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

"Perasaan itulah yang sering mendorong untuk saya terus berlakon. Saya mahu melakukan lebih baik.

"Mana-mana pelakon pun akan rasa perkara sama. Jika mudah rasa puas hati dengan lakonan sendiri, anda akan berhenti untuk terus berkembang," katanya seperti yang dipetik dari Soompi.

Bercakap tentang drama tersebut, Ji On juga memberitahu dia tertekan walaupun diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama.

"Cerita ini diambil dari sebuah siri kartun popular. Disebabkan itu saya rasa tertekan kerana apabila diberi tanggungjawab sebagai watak utama saya perlu bekerja lebih keras.

"Saya juga terkejut apabila menerima tawaran ini dan rasa gementar untuk bekerja dengan barisan pelakon hebat lain," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Yoon Ji On, Drama Yoon Ji On

Artikel Lain