suria

Cukup empat musim bintangi drama ‘The Handmaid's Tale’, akhirnya Alexis Bledel lepaskan watak Emily

Alexis memegang watak sebagai Emily.

SELEPAS empat musim membintangi siri popular The Handmaid’s Tale, pelakon Alexis Bledel mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam drama berkenaan.

Sudah lama memikirkan keputusan itu, Alexis tetap meluahkan rasa syukur berpeluang untuk bekerjasama dengan penulis skrip Bruce Miller yang menghasilkan wataknya sebagai Emily.

"Selepas lama saya berfikir, saya rasa sudah tiba masanya untuk melangkah keluar dari The Handmaid’s Tale untuk kali ini.

"Saya selamanya bersyukur dengan Bruce Miller yang menghasilkan penulisan yang sangat jujur dalam setiap babak untuk Emily serta sokongan semua pelakon serta kru," katanya.

Untuk rekod, Alexis pernah memenangi anugarah Emmy dan tercalon sebanyak empat kali dalam anugerah itu sepanjang terlibat dalam drama siri itu selama empat musim.

Sumber - Hollywoodlife

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain