suria

Penyanyi terkenal Bollywood KK meninggal dunia, rebah ketika konsert

KK meninggal dunia akibat serangan jantung.

PENYANYI terkenal India, Krishnakumar Kunnath atau lebih dikenali sebagai KK meninggal dunia akibat serangan jantung pada malam Selasa.

Kunnath dilaporkan rebah ketika sedang menyanyi secara langsung di konsert yang diadakan di sebuah stadium tertutup di bandar Kolkata di timur India.

Seperti dilapor Hindustan Times, pemergian mengejutkan penyanyi itu menerima respons peminat-peminatnya termasuk Perdana Menteri India, Narendra Modi serta beberapa pelakon Bollywood.

"Lagu-lagunya mencerminkan pelbagai emosi dan menyentuh hati orang ramai dari semua peringkat umur. Kami akan sentiasa mengingatinya melalui lagu-lagunya," kata Modi di Twitter.

Kinnath menyanyikan beberapa lagu untuk filem Bollywood dan sering membuat persembahan konsert secara langsung.

Antara lagu popular nyanyiannya Tadap Tadap dari filem Hum Dil De Chuke Sanam (1999), Dola Re Dola (Devdas), Appadi Podu (Ghilli), Aankhon Mein Teri (Om Shanti Om), Khuda Jane (Bachna Ae Haseeno), Piya Aaye Na (Aashiqui 2), India Wale (Happy New Year) (2014) dan Tu Jo Mila (Bajrangi Bhaijaan).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain